Verse 1: Oh cinta suci-murni!
Yang pernah bersinggahan
Di hati dan membangkitkan
Harisun 'alaykum dalam diri
Chorus: Sungguhlah benar dikau
Suatu cinta kiriman Ilahi
Memberi luka dan kerana itu
Aku kini menari seikhlasnya!
Verse 2: Dikau telahpun benar menjadi
Prolegomena Terawal sebelum aku
Temukan Prolegomena Guru Mulia
Lantaran itu kini aku indah menari!
Chorus: Sungguhlah benar dikau
Suatu cinta kiriman Ilahi
Memberi luka dan kerana itu
Aku kini menari seikhlasnya!
Bridge: Sungguhlah dahulu di setiap masa
Aku bertanyakan dan mempersoal
Apakah kelayakanku didatangimu
Kini keyakinan telahpun mendamaikan
Chorus: Oh cinta suci-murni!
Menetaplah lagi di ruangan hati
Tanpa perlu ubahkan apa-apa
Kerna hakikatnya kau kiriman Ilahi!
Outro: Oh Cinta Suci-Murni!
Akulah bocah yang dahulu dirinya jahil
Yang perlu aku bubarkan lagi dan lagi
Sehingga aku bersedia melihat-Mu seadanya!