Dikau berzodiak sagittarius
Si Pemanah mulia-anggun
Dan aku cumalah sasar-bidik
Akur terima hujung tajammu
Panah katamu sentiasa tepat
Menjulukiku dengan teardropz
Sesuai insan berzodiak aquarius
Dengan nama tengahku Ame
Namun keakuran dan kerelaanku
Tidak selalu bersamaan dengan
Visi mata panah yang luas
Pengukuran Takdir sentiasa tegak
Selepas menyambut segala rinci
Dikau padaku telah menjadi gita
Hingga serasi ungkap: "Engkaulah
Lagu yang menemani diriku."
Engkaulah gegak-gempita, Gita
Juwa segala segi tari, Sagittari
Kolam air kendonganku beriak
Berombak semula mengenalmu
Oh Sang Gita, belahan sagittalku
Pengakhiran langkahku di Ijip
Ditutup dengan pembelian buku
Yang bernama al-qaws al-'azra
Perpisahan kita disusuli pertemuan
Tuhan masih Berkehendak untukku
Teruskan berjalan; kali ini demi meniti
Rangkap suci: Qāba qawsayn aw adnā