Lembar baru di bangunan K
Tingkat dibahagi kepada
Bawah K1 manakala Atas K2
Hidupan nirsangga berjaga
Kara memasuki lembar baru
Selepas seketika menama diri
Di bangunan ini juga Kara
Kemudiannya bertemu Khiru
"Sungguh simbolikal", ujar Kara
Kepada Khiru, "pertemuan kita"
Langsung Kara menyelidik akar
Bagi penamaan berasas sanskrit
Khiru bererti "grace", "blessing"
Kara membalas bahwa namanya
Cuma merefleksi keadaan diri
Yang kini cuma sebatang kara
Solitud dan kesendirian ;--
Nirsangga pada segala-gala
Selain Tuhan, dan bersangga
Cuma pada Tuhan Maha Samad
Samad; Dalam ertian Raja Perang
La ta'khuzuhu sinatun wa la nawm
Tiada bergantung kepada sesiapa
Mahanirsangga; Maha Samad; Esa