Oh duhai Imam Israfil Agung
Yahiko, dalam fiksi Naruto, berazam
Jika peperangan terus berlangsung,
Ingin tabal dirinya menjadi Tuhan
Hujan, di Kampung Amegakure
Melambangkan kehampaan makna
Kerana hujan-hujan itu memadam
Api dan bara-bara api; tiada cahaya
Nagato, setelah kematian Yahiko,
Mewarisi impian itu lalu bangkitkan
Yahiko dengan nama Pain; Suffering
Shaqawah bersarang di balik Tangis
Di dalam satu babak, Yahiko, bertindak
Sebagai ketua Akatsuki, menunggu
Di atas lidah patung Imam Israfil yang
Bermata Rinnegan, bersama Sangkakala
Datanglah dan turunlah, duhai Israfil
Tiupkan semboyan permulaan dunia baru
Setelah Imam Mikail siap mengarang
Risalah Wujudiyyah bawa hujan sebenar
Turunlah sekalian Mala'ikat Sepuluh
Dirikan Madrasah Ru'yat buat insan
Bimbing semuanya naik darjat ruhani
Bersama perbaharu mithaq, kenal diri