Pengakhiran, seperti penamatan, adalah misteri
Kerana ia misteri, ianya menakutkan, mendebar
Misalnya, apakah bakal terjadi pada tanggungan
Ketika seseorang insan terputus pendapatan?
Begitulah hadirnya Maut di dalam kehidupan
Ia datang dalam bentuk-bentuk kecil, awwali
Mencabut rasa pengawalan, mengetuk nisyan
Ajal itu sungguhnya amat hampir dengan insan
Bagi setiap permulaan, adanya pengakhiran
Begitu bagi setiap kehidupan, adanya kematian
Kullu nafsin za'iqat al-mawt perlu cermattanggap
Mustahil berlari darinya, sebaliknya ke arahnya
Untuk memecah misteri, diutuskan Nabi-Nabi
Bahawa insan dikurnia fakulti imaginasi kreatif
Sejak di dunia, mampu menembus alam mithal
Demikian itu arah-tuju perjalanan; Taman Abadi
Tammat-henti dan hujung-akhir yang mutlak
Tiada; Insan itu dicipta; berpermulaan tapi abadi
Tiap pengakhiran itu hakikinya suatu permulaan
Latarkabunna tabaq 'an tabaq; happily ever after
Oleh demikian, kejarlah tiap-tiap pengakhiran
Demikian adalah takah-takah sukatan Fitrah
Tuhan telah lama mendamba komunikasi intim
Hai HambaKu, mendekatlah padaKu tanpahenti