Verse 1: Bilakah akan Kaum Musliminku bangun
Bangkitlah intabahu penuh kesedaran!
Tahun demi tahun Hijriyyah tiba; namun
Tanpa pengambilan i’tibar apalagi makna
Verse 2: Jejak Rasul pada Skala Wujud Semesta
Jejak Rasul muktamadkan ma’na-ma’na
Begitulah Jejak Profesor Sayyid Naquib
Menjadi ketua; Profesor Diraja Terpuji
Verse 3: Petunjuk dari Sistem Konseptual al-Quran
Projection, bukan conjection, Mata Ru’yat
Masuklah Madrasah Worldview of Islam
Risalah Wujud, juga Wawu, rupanya Semilan
Verse 4: Ru’yat al-Islam li al-Wujud ditegak atas sembilan
Memahami bi’l-Sabr dan bi’l-haqq wajib
Ke atas seluruh Kaum Muslimin; Fardu Ain
Worldview of Islam zahirkan Haris Wijdan
Verse 5: Setelah Kaum Muslimin bermata Ru’yat
Tammatlah terputus lingkaran ganas
False scholars; terkecut-ketar tin kosong
Kaum Muslimin semuanya penuh Wijdan
Verse 6: Hijrahnya Nabi dari Mekah ke Madinah
Ubah Yathrib kepada Madinatu’l-Nabi
Bahawa Nabi itu Bina-Rancang Bandar
Tunduk-takluk semua pada Pilihan Tuhan
Verse 7: Dari Nabi, datang kalimat Bina dan Bani
Memang Kaum Muslimin Bani Baginda
Buniya al-Islam ‘ala khamsin, wa buniya
Ru’yah’ ala Tis’ah, sembilan bentuk Wau, ittisal
Verse 8: Solat itu bermakna Wasil-Ittisal segala
Berhubung-intim Tuhan dan Hamba
Tiada lagi ketidakaturan dan kekotoran
Menjadi kekal terbiar, tiada perlawanan.
Verse 9: Bangkitlah Kaum Musliminku, Cergas
Zaman Hijriyyah dengan bahasa Ontologi
Dari Profesor yang Wujudi, menebak tabir
Hati di Singgahsana Tuhan, jasmani zahir
Verse 10: Zaman Hijriyyah-Wujudiyyah-Samadiyyah
Masuk Islam lengkappurna ikhlas-khalis
Memeluk metafizik, ontologi, psikologi
Juga kosmologi, dan semuanya, khalis!
Verse 11: Islam tidak memandang rupaparas tampil
Beribadahlah seolah-olah kamu lihat Allah
Kiranya tidak, memang Allah Ru’yat kamu
Berlindunglah dalam Inayah Al-Samad;