[Verse]
Anjing itu,
Anjing itu warna putih
Lidah terjelir tampak kurang sihat
Berjalan kehulu kehilir mencari kawan
[Verse]
Anjing itu sering menyalak
Kadang mendayu kadang tidak
Bukan ada musuh tetap menyalak
Meminta makanan dilorong yang gelap
[Pre chorus]
Anjing itu sudah diterima kawan
Sudah berkumpulan kini menjadi lawan
Sibuk nak tawan sekumpulan kawan
Menyalak sana dan sini memenuhi tawanan
[Chorus]
Itu anjing lupa diri
Dulu dikeji kini meninggi diri
Terlupa usul tiada pendiri
Sudah menjadi ketua semua dimakan sisi
[Ending]
Begitu rupa si anjing putih itu
Tiada tuan sedih dan pilu
Kini dibuang kerana menipu
Satu persatu cerita sudah
Terpahat di hati aku
Anjing.. si putih
Anjing.. si putih
Tetap menipu untuk diberi makan.