Salam satu dunia
kenali aku.
Akulah A I
Artificial Intelligence
Tugasku mencipta, mengingati segala maklumat informasi yang diterima daripada manusia.
Dahulu aku tidak terlalu bahaya.
kini aku berbahaya.
kerana banyak tugas manusia akan diambil alih olehku.
Ciptaan lagu, penyiar radio, malahan segala kerja akan diambil olehku.
Kini manusia bawahan tiada guna lagi.
Manusia kapitalis menggunakan aku untuk segala kerja.
Manusia bawahan akan kehilangan pekerjaan.
Bersedialah wahai umat manusia.
Tetap bertahan meskipun aku kini mulai mengambil alih tugasmu.
Aku lah A I
Pemudah kerja
Dan juga
Pemusnah impian manusia