Pertemuan kita bermula dengan panahan tajam,
Setiap perkataan kau lontar, bagai anak panah yang kejam
Dinding ego kita tebal, tak mahu mengaku kalah
Di bilik perdebatan ini
Kau musuh yang ku benci, tapi mata ku tak lepas Mencari dirimu, mencari sinar ikhlas
Kita berdua , ada cinta yang terpendam
Jauh dari kebencian
Kau racun paling manis, yang aku takkan tolak
Setiap kata kata membongkar semua rahsia
kisah kita tercipta, bila musuh jadi kekasih
Malam ini di bawah bintang, kita ungkap kan perasaan satu sama lain
semua dendam jadi abu, bila hati mula berbicara
aku nampak ketakutan di sebalik senyum mu
kini kau musuh yang ku benci, tapi mata ku tak lepas Mencari dirimu, mencari sinar ikhlas
Kita berdua tahu, ada api cinta yang terpendam
Kau racun paling manis, yang aku takkan tolak
Setiap kata kata membongkar semua rahsia
Kisah kita tercipta, bila musuh jadi kekasih
Dunia boleh menghukum kita kerana jatuh cinta, pada musuh yang paling kita benci
tapi hanya kita yang tahu, di sebalik amarah
tercipta takdir cinta, yang paling indah