(Verse 1)
Dari jauh benua, Tinggalkan keluarga demi saudara disana
Layarkan bahtera merentas samudera
Gaza di hujung mata
Bukan sekadar kembara ini ikrar setia
Memecahkan sekatan membawa harapan
(Pre-Chorus)
Di bawah panji Sumud gagah dan perkasa
Menentang kepungan kejam, menuntut hak manusia
Bekal di dalam kapal, bukan emas permata
Tapi amanah ummah
(Chorus)
Wahai Wira Sumud Flottila! mereka berlayar tanpa rasa gentar
Walau halangan tiba, walau bahaya mengancam
Cahaya keberanian takkan pernah padam
Teruslah berlayar, kiblat jiwa menanti
Perjuangan ini suci, demi tanah yang dijanji.
(Verse 2)
Setiap gelombang badai menguji keimanan
Setiap panggilan cemas menguatkan diri
Bukan takutkan penjara bukan takutkan maut
Kerana matlamat sebenar adalah memberi bantuan kepada rakyat palestin
Kami bersamamu walau terpisah jarak yang jauh
(Pre-Chorus)
Di bawah panji Sumud gagah dan perkasa
Menentang kepungan kejam menuntut hak manusia
Bekal di dalam kapal bukan emas permata
Tapi amanah ummah
(Chorus)
Wahai Wira Sumud Flottila!
mereka berlayar tanpa rasa gentar
Walau halangan tiba walau bahaya mengancam
Cahaya keberanian takkan pernah padam
Teruslah berlayar, kiblat jiwa menanti
Perjuangan ini suci demi tanah yang dijanji
(Verse 3)
ramai para pejuang Sumud yang ditahan oleh tentera israel.
(Verse 4)
kami memohon kepadamu Ya Allah
selamatkan lah
saudara - saudara kami
yang ditahan ditengah lautan
sesungguhnya hanya kepadamu kami memohon bantuan
"Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil"
(Outro)
kepada para pejuang
yang masih selamat dalam perjalanan teruskan perjuangan sumud flottila!