Cuti cuti cuti
(Versi)
Cuti sekolah telah pun tiba,
Inilah sa atnya untuk bergembira,
Ibu bapa ambil cuti segera,
Sekeluarga hatinya berdebar.
(Versi 2)
Tapi bagiku biasa sahaja,
Cuti sekolah atau bekerja.
Kehidupanku tidak berubah,
Kebosanan datang melanda.
(Korus)
Tidur tidur itu mahu ku,
Bangun pagi sembahyang subuh.
Pergi ke dapur untuk sarapan,
Nasi lemak sambal belacan.
(Rap)
Letak makanan di depan tivi,
Baring mencari siaran cuti.
Tak kira drama, anime atau kartun.
Aku layan sampai tengah hari.
(Bridge)
Itulah kenangan ku diwaktu cuti.
(Korus)
Tidur tidur itu mahu ku,
Bangun pagi sembahyang subuh.
Pergi ke dapur untuk sarapan,
Nasi lemak sambal belacan.
(Versi 3)
Di waktu petang aku menunggu,
Sambil tunggu ku tunai kewajipan ku.
Kawan ku datang membawa bola,
Bila dipilih aku jadi penjaga.
(Bridge)
Penjaga gol yang membosankan,
Asyik aku sahaja dilantik.
(Korus)
Marah marah dalam hati ku,
Takda kerja asyik menunggu.
Malam tiba aku berdoa,
Agar hidup ku kan berubah.
(Outro)
Aku ingin pergi bercuti,
Bukan selamanya aku begini.
Dalam hatiku juga ingin,
Seperti keluarga yang lain.