(versi)
Di waktu itu dia berjalan sendiri,
Berharap agar ada yang sudi.
Tetapi tiada siapa yang kisah,
Tentang dia yang lagi sedih.
(Versi 2)
Hujan turun bagai simpati,
Baju yang buruk di lihat hina.
Rasa sakit seperti mati,
Mereka hanya melihat saja,
(Korus)
Aku hanya mampu berdoa,
Agar hidup ku berubah.
Tapi siapa lah kita,
Hanya hambanya saja.
(Versi 3)
Tiba-tiba dia datang kepada ku,
Senyumannya yang indah.
Bertanya tentang hidup ku,
Adakah masih mahu begini?
(Versi 4)
Langsung nafasku terhenti seketika,
Melihat wajah dan senyumannya.
Aku mahu memastikan adakah,
Aku telah jatuh cinta.
(Bridge)
Cinta... Oh cinta... Adakah aku jatuh cinta?
(Korus)
Aku akan terus berdoa,
Agar dapat lebih lama.
Aku melihat mu dengan cinta,
Cinta pandang pertama.
Aku susah,
Kau datang membantu.
Aku sedih,
Kau datang memujuk ku.
(Versi 5)
Kini aku bukan lagi orang hina,
Miskin sedih seperti dulu lagi.
Kau ubah ku menjadi insan,
Yang paling bahagia,
Di dunia.
(Versi 6)
Mimpi ku kini menjadi nyata,
Walaupun kau bukan milik ku.
Jika kau bahagia dengan pilihan mu,
Cukup buat aku terima.
(Outro)
Kerana kau adalah cinta pandang pertama,
Walaupun takdir berkata lain,
Namun aku tetap akan jaga,
Memori ku yang berwarna.