[Pre-Intro]
Mar mari dengar ini cerita ,
Aku datang dari kampung menuju ke bandar,
Buat kerja buat kerja mencari rezeki,
Rezeki halal untuk diberi.
[Intro]
Aku kerja siang malam mencari rezeki,
Masuk kerja banyak kerja kepala ku serabut,
Bila boss tanya sudah siap jawapan ku pula bercelaru,
[Verse]
HEI HEI kepala ku pening nak melayan si dia,
Cakap aku tipu aku pon tak tahu,
Tuduh aku tuduh dia kawan ku bercelaru ibarat melepas rindu.
[Chorus]
Diri aku yang bertahan dalam kecelaruan ,
Sampai aku tahu diri ku tak kuat,
Aku datang sini mencari duit tepi ,
Aku tahu yang ku mahu ,
Ke mana pergi nak dituju ,
Tiada rezeki cari kerja ,
Buat masa depan untuk diri aku.
[Verse]
Aku keluar lepak makan mi goreng mamak,
Duit ku habis belanja tak kalis,
Hidup ku meminta macam ku orang miskin,
Minta kawan belanja dia pun tengah kering ,
Cari duit lebih tapi boss ku tak kasi,
Macam mana aku ingin menjayakan hidup kalau orang yang aku sayang tidak sokong aku,
[Bridge]
My life is ruined by everything that happens to me,
Yeah aku tahu dirimu yang merencanakannya ,
Tetapi aku juga letih menghadapi semua ini.
[Final Chorus]
Diri aku yang bertahan dalam kecelaruan ,
Sampai aku tahu diri ku tak kuat,
Aku datang sini mencari duit tepi ,
Aku tahu yang ku mahu ,
Ke mana pergi nak dituju ,
Tiada rezeki cari kerja ,
Buat masa depan untuk diri aku.
[Outro]
Huyeiii....
Aku ini orang miskin,
Duit mengalir bagaikan air,
Mencapai sesuatu matlamat yang mustahil bukan penghalang diriku untuk mencari rezeki