Ketika masa dulu
Penuh kerisauan fikirkan akhlak manusia
Baginda telah di qorbankan selalu
Demi hidayah untuk ummatnya
Setelah dilantik menjadi Rasul
Kerisauan Baginda Rasulullah meningkat
Lalu seorang demi seorang menyusul
Dulu bergelar jahiliyyah kini menjadi SAHABAT
Dengan penuh kasih sayang Baginda melangkah
Berjumpa manusia di mana saja
Hanya bawa dua kalimah
UCAPLAH KAMU PASTI BERJAYA
Kini Baginda telah tiada
Sebagai ummat yang diamanahkan
Dua kalimah sampai ke seluruh dunia
Tidak sesiapa mati kekafiran dan kesyirikan
Kitalah penyambung tugas Khalifah
Mahu manusia beriman kepada Allah
BANGKITLAH wahai Khalifah
Jangan tertipu dengan dunia
Kerana dunia hanya tipu daya
Selamatkan Ummat dari azab neraka
Hanya dengan Agama
BANGKITKAH KHALIFAH
SEBARKAN KALIMAH
LAA ILA HA IL LALLAH
MUHAMMADURRASULULLAH