Berdiri aku setelah rebah,
Walau kabur pandangan terus gagah,
Menempuh dugaan tanpa lelah,
Ku haramkan untuk menyerah.
Walau menitis air mata,
Tidak ku tunjuk ia dengan nyata,
Kerana tidak mahu pengorbanan sia sia,
Jika dizahirkan pasti menjadi modal orang menghina...
Kejayaan pasti menanti,
Setelah segalanya telah ku susuri,
Segala pengalaman telah ku hayati,
Untuk pedoman tauladan setiap hari ku lalui.
Hidap zanan ini sangat keras,
Tidak kuat pasti kau tertewas,
Setiap pengaturan hidup mesti waras,
Silap langkah merana tergadai maruah